Thursday, August 26, 2010

Mengenai diri saya.

Saya dilahirkan pada tahun 1947 di Kampong Pari Besar, Bagan, Batu Pahat, dari sebuah keluarga petani dan nelayan. Saya adalah anak bungsu dari lima belas adik beradik. Lapan lelaki dan enam perempuan.  Sejak kecil, kami adik beradik tidak merasa kesusahan hidup walaupun semasa zaman penaklukan Jepun.  Mana tidaknya, beras mudah dibeli dan ada ketikanya di tanam sendiri.  Ubi, pisang dan keladi sentisa ada tak bermusim. Ikan sebagai menu harian tidak payah di beli. Rajin turun kelaut rezki sudah pasti. Lebihan hasil tangkapan jadi barang dagangan.

Mengenang kembali kisah semasa kecil, semasa pendaftaran masuk sekolah rendah.  Saya ditanya oleh Guru Besar "Almarhom Encik Gu Mohamad Sedeli"; "Ahsin, dah besar besok awak nak jadi apa?"  "Nak jadi KERANI, Encik Gu!" jawab saya sepontan.  Ditaqdirkan saya menjadi Kerani (Pembantu Tadbir) Nobember 1967 hingga pencen 1 Jun 2000.

Saya mendirikankan rumahtangg bersama isteri tercita Hjh. Rusna Bt. Hj. Mohd Yusof pada tahun 1970 dan dikurniakan dengan empat anak perempuan dan satu-satunya anak lelaki. 

No comments:

Post a Comment